Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Batu Pahat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakkan yang dialami kerana menggunakan maklumat dari laman web ini.
DASAR KESELAMATAN
DASAR PRIVASI
LAMAN UTAMA
Terima kasih kerana mengunjungi Portal JKR Batu Pahat.
Untuk makluman Portal JKR Batu Pahat
sedang dalam proses perpindahan ke domain yang baru.
Sehubungan dengan itu, portal ini tidak dikemaskini
buat sementara waktu. Untuk ke domain baru sila klik di sini.
Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi.
Terima kasih.
Program J-Robik & Majlis Ulangtahun Kelahiran Staf JKR Batu Pahat
Pada 1 Julai 2009
SELAMAT DATANG : JD BADRUL HISHAM BIN ABDULLAH
Tirai 2009 disingkap dengan kehadiran Jurutera Daerah JKR Batu Pahat yang baru iaitu Encik Badrul Hisham bin Abdullah pada 1 Januari 2009 yang lalu. Beliau telah diamanahkan untuk mengisi tempat yang dikosongkan oleh JD Hamdan bin Ali yang berhijrah ke Ibu Pajabat JKR Johor. Sebelum ini, JD Badrul Hisham bertugas di JKR Negeri Kelantan. Seluruh warga kerja JKR Batu Pahat mengalu-alukan kehadiran Encik Badrul Hisham ke sini dan berharap akan dapat memacu JKR Batu Pahat ke tahap yang lebih tinggi lagi dan menjadi salah sebuah JKR daerah yang disegani.
Dengan berlabuhnya tirai tahun 2008, maka jodoh JD Hamdan bin Ali bersama JKR Batu Pahat juga berakhir. Tidak sampai lima bulan di sini, beliau telah diarahkan bertukar ke Bahagian Projek Khas, Ibu Pejabat JKR Johor mulai 1 Januari 2009. Seluruh warga kerja JKR Batu Pahat mendoakan agar beliau lebih berjaya ditempat baru.
KEJOHANAN BOLING PUSPANITA BATU PAHAT 2008
Kejohanan Boling Puspanita Batu Pahat Telah berlangsung dengan meriah pada jam 8.30 malam, 31 Disember 2008 yang lalu, bertempat di Star Bowl The Summit. JKR Batu Pahat telah menghantar empat orang wakil yang terdiri daripada Puan Sa'yah, Cik Farhana, Cik Hidayah dan Cik Nor Faezah. Walau bagaimanapun, kesemua mereka telah menanggung kekalahan dan hanya berjaya menduduki tempat ke-7. Kejohanan telah dimenangi oleh pasukan Pejabat Daerah Batu Pahat. Kepada wakil JKR Batu Pahat yang tewas di harap tidak kecewa dan terus berlatih untuk kejayaan pada masa depan.
AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) JKR
Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) JKR telah diadakan pada 23 Disember 2008 yang lalu. Panel audit diketuai oleh Encik Ismail bin Abdullah dan dibantu oleh Encik Hamzah bin Hashim. Kedua-dua auditor adalah dari Cawangan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur. Projek-projek yang terlibat adalah Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (KK2) Batu Pahat dan Projek Menaiktaraf Laluan Persekutuan 50, Batu Pahat (Fasa 2).
NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR OLEH SAJ
Gangguan bekalan air akan berlaku berikutan penggantian/pembaikan meter pukal. Tarikh, masa & kawasan terlibat adalah seperti berikut :
Tarikh : 23 Disember 2008 Masa : 11 pagi -11 malam (Selasa)
Kawasan Terlibat : Sebahagian Taman Soga serta kawasan sekitarnya.
Pengguna dinasihatkan supaya menyimpan air secukupnya.
PERPINDAHAN KAUNTER TENDER & SEBUTHARGA
Mulai 15 Disember 2008 yang lalu, kaunter pembelian borang tender & sebutharga telah dipindahkan ke sebelah pintu masuk pejabat JKR Batu Pahat bagi mengelakkan kesesakan di dalam pejabat. Semua kontraktor yang hendak berurusan mengenai tender & sebutharga hendaklah melalui kaunter tersebut.
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG JKR JOHOR 2007
Syabas dan tahniah kepada warga kerja JKR Batu Pahat yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKR Johor 2007. Para penerima anugerah telah diraikan di Sofitel Palm Resort Senai, Johor pada 15 Disember 2008 yang lalu.
Warga JKR Batu Pahat mengalu-alukan kedatangan seorang juruteknik baru pejabat ini iaitu Puan Aida binti Md Salleh yang berhijrah dari JKR Daerah Johor Bahru berkuatkuasa 1 Disember 2008. Beliau ditempatkan di Bahagian Bangunan (Projek) bersama-sama juruteknik sedia ada iaitu Encik Khalid, Encik Mansor, Encik Mohd Nazim dan Encik Ruzaimi di bawah Pembantu Teknik Encik Azizul Azham. Beliau memulakan karier di JKR (D) Johor Bahru sejak 2 Julai 2001 di bahagian Bangunan (Pendidikan) sebelum bertukar ke sini.
SELAMAT DATANG : CIK NOR FAEZAH BINTI BUNIRAN
Seorang Pelukis Pelan J17 telah menjadi warga terbaru JKR Batu Pahat berkuatkuasa 17 November 2008 yang lalu dan orang yang dimaksudkan adalah Cik Nor Faezah binti Buniran. Beliau sebelum ini bertugas di Pejabat Tanah Batu Pahat selama kira-kira tiga tahun. Beliau yang berasal dari Kampung Permatang Palas, Benut, Pontian, ditempatkan di Bahagian Bangunan.
PENYERAHAN KUARTERS KELAS āDā BERKEMBAR DI SMK TONGKANG PECHAH
Satu majlis ringkas tetapi penuh makna bagi para guru di SMK Tongkang Pechah iaitu Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Kuarters Kelas ’D’ Berkembar yang bernilai RM1.3 juta telah berlangsung pada 26 November 2008 yang lalu.
Hari Kualiti JKR Malaysia kali ke-22 telah dianjurkan dengan jayanya oleh JKR Negeri Johor pada 16 hingga 18 November 2008 yang lalu di The Zon Regency Hotel, Johor Bahru, Johor.
AL-FATIHAH - ALLAHYARHAM NORDIN BIN MOHAMED SALLEH
Encik Nordin bin Mohamed Salleh, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Korporat JKR Johor yang merupakan mantan Jurutera Daerah JKR Batu Pahat telah meninggal dunia jam 7.45 pagi 11 November 2008 yang lalu di Hospital Batu Pahat.
Tuan Jurutera Daerah bersama-sama seisi warga kerja mengalu-alukan kehadiran lima orang pegawai baru JKR Batu Pahat yang mana kesemua mereka adalah pegawai lantikan baru JKR Johor kecuali En. Muhd. Syaibani yang merupakan kakitangan persekutuan.
Tanggal 17 Ogos 2008, tepat jam 10.54 pagi dengan sekali lafaz sahaja maka sahlah Encik Shafrein Effendy bin Khasdir, Pembantu Tadbir N17 Bahagian Kontrak JKR Batu Pahat menamatkan zaman bujang bersama pasangannya Noorazizah binti Ishak di Masjid Jamek Benut.
JASAMU DIKENANG - PUAN JAMILAH BINTI AHMAD Musim pertukaran pegawai JKR Batu Pahat berterusan lagi dengan pemergian Ketua Kerani (C.C.) Puan Jamilah binti Ahmad ke Jabatan Pertanian Negeri Johor pada 1 Oktober yang lalu.
Al-Fatihah – Allahyarham Haji Wan Mustaffa bin Mohamed Di pagi Jumaat yang hening tanggal 19 September 2008 yang lalu, warga kerja JKR Batu Pahat telah dikejutkan dengan kembalinya ke rahmatullah Tuan Haji Wan Mustaffa bin Mohamed.Allahyarham adalah merupakan seorang Pembantu Teknik Kanan Penyelenggaraan Jalan di JKR Batu Pahat.
Jabatan Kerja Raya Batu Pahat telah berjaya merangkul beberapa kejayaan pada sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-51 baru-baru ini. Antara kejayaan yang dicapai adalah:-
1. Johan keseluruhan acara Perbarisan Daerah Batu Pahat.
2. Johan Perbarisan Jabatan Kerajaan Daerah Batu Pahat.
3. Naib Johan pertandingan Hiasan Bangunan Pejabat-pejabat Kerajaan.
4. Tempat ke-3 sepanduk dan perarakan Jabatan Kerajaan Batu Pahat.
Warga kerja JKR Batu Pahat telah kehilangan seorang lagi Jurutera Jalan yang berwibawa pada 29 Ogos 2008 yang lalu iaitu Encik Laili bin Yusof yang bertukar ke Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Cawangan Negeri Johor.
Selamat Datang Jurutera Daerah – Encik Hamdan bin Ali Seisi warga kerja JKR Batu Pahat mengalu-alukan kehadiran Jurutera Daerah yang baru bagi menggantikan Encik Nordin bin Mohamed Salleh yang bertukar ke Ibu Pejabat JKR Johor.